WELCOME

Saturday 17 November 2012

RPH BAHASA MELAYU TAHUN 2


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2
Tarikh : 24 Oktober 2011
Masa : 10.15 – 10.45 Pagi
Tahun : Tahun 2 Bestari
Bilangan Murid : 32 Orang
Tema : Kami Anak Malaysia
Tajuk Pelajaran : Bendera Malaysia
Fokus Utama :
5.2 : Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Fokus Sampingan :
2.2 : Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat.
8.1 : Membina dan menulis ayat tunggal.
Objektif :
Aras 1 (ii) : Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
Aras 1 (i) : Memberitahu isi-isi penting sesuatu perkara dengan menggunakan perkataan dan frasa yang jelas.
Aras 2 (ii) : Menyusun perkataan untuk membina ayat tunggal.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid –murid mengetahui bendera Malaysia melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah.

Pengisian Kurikulum :Pendidikan Muzik,Pendidikan Islam,Pendidikan Sivik
Sistem Bahasa :Ayat tunggal,Imbuhan
Media:
LCD,komputer,lembaran kerja,petikan,bendera Malaysia,kad perkataan.
Langkah & Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
 
Set Induksi
( 5 minit )
Lagu Jalur Gemilang
 Petikan :Lampiran 1.
Guru meminta murid senyap
Arahan :
Sila dengar lagu ini dan nyanyikan bersama-sama.
Soal jawab:
i)   i)Murid-murid pernah tak mendengar lagu ini?
     ii)Bilakah biasanya lagu di nyanyikan?
iii) iv)Apakah nama lagu ini?
iv) v)Lagu ini menceritakan tentang apa murid-murid?
Guru mengaitkan lagu dengan tajuk pembelajaran
Lagu ini biasanya dinyanyikan ketika sambutan hari kemerdekaan. Lagu ini juga menceritakan tentang bendera Malaysia iaitu jalur Gemilang.Oleh itu tajuk pembelajaran kita pada hari ini adalah “Bendera Malaysia”.

           

Langkah 1
( 15 minit )
Bendera Malaysia
Petikan :Lampiran 2
Cadangan Jawapan
  Bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang.
  Jalur Gemilang berwarna merah,putih,biru dan kuning.
  Terdapat bentuk anak bulan dan bintang.
  Bintang mempunyai 14 bucu
  Anak bulan melambangkan agama islam sebagai agama rasmi.
  Bintang penting kerana menjadi simbol perpaduan14 buah negeri dalam Malaysia.
   Kuning adalah warna diraja
  Jalur pada bendera melambangkan bilangan negeri.
.














Imbuhan Akhiran
1)  Terletak di akhir kata dasar
2) Contoh perkataan : bahagian,bilangan, makanan, pakaian.
Guru memaparkan petikan yang bertajuk “ Bendera Malaysia”
BCB : Membaca
Guru membimbing murid-murid membaca petikan mengikut peringkat.
Perenggan 1
Guru membimbing membaca perenggan1.
Kemudian guru menggunakan teknik penyoalan untuk menguji kefahaman murid.
Aktiviti FU
   Apakah nama bendera Malaysia?
Perenggan 2 dan 3
Guru membimbing murid-murid membaca.
Guru memilih murid secara rawak untuk membimbing rakan yang lain membaca.
Aktiviti FU:
   Berapakah warna Jalur Gemilang?
   Apakah bentuk yang terdapat pada Jalur Gemilang?
   Berapakah bucu bintang?
   Apakah yang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi?
   Mengapakah bintang penting dalam negra kita?
Perenggan 4
Guru membimbing murid membaca
Guru meminta murid membaca mengikut kumpulan.
a) Lelaki
b) Perempuan
Aktiviti FU:
   Apakah warna diraja?
Apakah yang melambangkan bilangan negeri di dalam Malaysia


Guru memaparkan rajah proses imbuhan
Guru menerangkan makna imbuhan akhiran
“ Murid-murid ,imbuhan akhiran ialah imbuhan yang hadir pada bahagian belakang ataupun di akhir kata dasar.”
Contoh perkataan yang menerima imbuhan akhiran -an ialah pakaian,bilangan, makanan,dan bahagian.
Contoh ayat :
a)  Dia telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu.
b)  Bilangan murid yang hadir hanya 29 orang.
c)  Jangan makan makanan manis
d)  Jagalah kebersihan pakaian awak.
Setelah murid-murid faham makna perkataan dan proses pengimbuhan akhiran ini, guru akan menguji kefahaman murid –murid.
Guru memilih murid-murid secara rawak untuk menulis ayat tunggal dengan menggunakan perkataan yang berimbuhan akhiran –an.

Langkah 2

(10 Minit)
Ayat Tunggal
Lembaran kerja:
Lampiran 3
Murid-murid sila baca kad perkataan ini.
Gemilang ,ada ,Jalur, warna, empat.
Murid-murid faham tak makna setiap perkataan tersebut?
Murid-murid, sila susun semula perkataan tadi supaya menjadi satu ayat tunggal
   Jalur Gemilang ada empat warna.
Cadangan jawapan
a)Jalur Gemilang ada
    empat warna.
B   b)Malaysia juga mempunyai
        bendera.       
a)    C)Bendera Malaysia dikenali 
b)        sebagai Jalur Gemilang.
Guru memaparkan beberapa kad perkataan
BCB :Membaca
Guru meminta murid-murid membaca beramai-ramai
KB: Menyusun atur / M3
1)  Selesai membaca, guru memastikan bahawa murid faham makna semua perkataan tersebut.
2)  Guru memilih murid cara rawak untuk
m  menyusun kad tersebut.
3)  Murid perlu menulis nombor untuk menandakan urutan perkataan tersebut di dalam ayat tunggal.
Kad Perkataan
a)    a)Gemilang ada Jalur warna empat
b)   b) juga Malaysia bendera mempunyai
c) Jalur dikenal Gemilang sebagai    
    Bendera Malaysia

Penutup
(5 Minit)

Murid-murid, boleh ingat apa yang kita pelajari hari ini?
Hari ini kita telah belajar tentang bendera Malaysia. Bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang yang terdiri daripada 4 warna. Setiap warna melambangkan sesuatu.Contohnya ialah warna kuning pada bulan dan bintang melambangkan warna diraja.
Kita juga telah belajar tentang imbuhan akhiran –an. Imbuhan yanghadir di akhir kata dasar. Contohnya ialah pakaian, makanan dan sebagainya.
Nilai Murni:
Murid-murid, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah menghormati bendera Malaysia dan lagu patriotik

1) 
       Guru membantu murid merumus isi pelajaran dengan teknik soal jawab.
2)  Guru juga cuba melatih murid pembelajaran secara reflektif iaitu kemahiran mengingatkan semula apa yang telah dipelajari.
3) Guru menerapkan nilai murni iaitu menghormati bendera Malaysia dan lagu patriotik seperti Jalur Gemilang dan Negaraku.


                                                                                                                                                

No comments:

Post a Comment