Tuesday 18 December 2012
Saturday 17 November 2012
AYAT TUNGGAL
Lampiran 3
Ayat Tunggal.
Ayat Tunggal
merupakan ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
AYAT
Ayat ialah
sekumpulan perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan makna yang lengkap.
- Ayat yang lengkap mempunyai
satu subjek dan satu predikat.
- Ayat biasanya diakhiri dengan
tanda noktah.
Contoh Ayat:
Subjek
|
Predikat
|
Pemuda itu
|
bekerja keras untuk menyara keluarganya.
|
Ayat Lengkap: Pemuda itu bekerja keras untuk menyara keluarganya.
|
Gemilang,ada,Jalur,warna,empat
Jalur Gemilang ada empat
warna.
Latihan.
1.juga Malaysia bendera mempunyai
_______________________________
2.Jalur dikenali gemilang
sebagai Bendera Malaysia
__________________________________________
BENDERA MALAYSIA
Lampiran 2.
Bendera Malaysia.
Malaysia mempunyai bendera
sendiri. Bendera Malaysia dikenal sebagai Jalur Gemilang.
Jalur Gemilang ada empat warna,
iaitu merah, putih,biru, dan kuning. Terdapat bentuk anak bulan dan bintang
berbucu empat belas pada bahagian yang berwarna biru.
Anak bulan merupakan lambang
agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang pula menjadi simbol perpaduan empat
belas buah negeri di Malaysia.
Warna kuning pada bulan dan
bintang merupakan warna diraja. Selain itu, empat belas Jalur Gemilang
melambangkan bilangan negeri di Malaysia.
LAGU JALUR GEMILANG
Lampiran 1.
Lagu
Jalur Gemilang.
Merahmu bara
semangat waja
Putihmu bersih budi
pekerti
Kuning berdaulat
payung negara
Biru perpaduan kami
semua
Puncak dunia telah
kau tawan
Lautan luas telah
kau redah
Membawa semangat
jiwa merdeka
Semarak jaya kami
warganya
Empat belas
melintang jalurnya
Semua negeri dalam
Malaysia
Satu suara satu
semangat
Itu sumpah warga
berdaulat
Jalur gemilang
dibawah naunganmu
Jalur gemilang kami
semua bersatu.
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat
Malaysia
Jalur gemilang
megah kami terasa
Jalur gemilang
kibarkanlah wawasan
Merah putih biru
kuning
Jalur semangat kami
semua
Berkibarlah..Berkibarlah..Berkibarlah
Jalur Gemilang.
RPH BAHASA MELAYU TAHUN 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 2
Tarikh : 24 Oktober 2011
Masa : 10.15 – 10.45 Pagi
Tahun : Tahun 2 Bestari
Bilangan Murid : 32 Orang
Tema : Kami Anak Malaysia
Tajuk Pelajaran : Bendera
Malaysia
Fokus Utama :
5.2 : Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan
dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Fokus Sampingan :
2.2 : Melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan
bahasa yang sesuai dan tepat.
8.1 : Membina dan menulis ayat tunggal.
Objektif :
Aras 1 (ii) : Menjawab soalan pemahaman berdasarkan
teks yang dibaca.
Aras 1 (i) : Memberitahu isi-isi penting sesuatu
perkara dengan menggunakan perkataan dan frasa yang jelas.
Aras 2 (ii) : Menyusun perkataan untuk membina ayat
tunggal.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid –murid mengetahui
bendera Malaysia melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah.
Pengisian Kurikulum
:Pendidikan Muzik,Pendidikan Islam,Pendidikan Sivik
Sistem Bahasa :Ayat tunggal,Imbuhan
Media:
LCD,komputer,lembaran kerja,petikan,bendera
Malaysia,kad perkataan.
Langkah & Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
( 5 minit )
|
Lagu Jalur Gemilang
Petikan
:Lampiran 1.
|
Guru meminta murid senyap
Arahan :
Sila dengar lagu ini dan nyanyikan
bersama-sama.
Soal jawab:
i) i)Murid-murid pernah tak
mendengar lagu ini?
ii)Bilakah biasanya
lagu di nyanyikan?
iii) iv)Apakah nama lagu
ini?
iv) v)Lagu ini
menceritakan tentang apa murid-murid?
Guru mengaitkan lagu dengan
tajuk pembelajaran
Lagu ini biasanya dinyanyikan
ketika sambutan hari kemerdekaan. Lagu ini juga menceritakan tentang bendera
Malaysia iaitu jalur Gemilang.Oleh itu tajuk pembelajaran kita pada hari ini
adalah “Bendera Malaysia”.
|
|
Langkah 1
( 15 minit )
|
Bendera Malaysia
Petikan :Lampiran
2
Cadangan Jawapan
Bendera Malaysia ialah Jalur
Gemilang.
Jalur Gemilang berwarna
merah,putih,biru dan kuning.
Terdapat bentuk anak bulan dan
bintang.
Bintang mempunyai 14 bucu
Anak bulan melambangkan agama
islam sebagai agama rasmi.
Bintang penting kerana menjadi
simbol perpaduan14 buah negeri dalam Malaysia.
Kuning adalah warna diraja
Jalur pada bendera melambangkan
bilangan negeri.
.
Imbuhan Akhiran
1) Terletak di akhir kata dasar
2) Contoh perkataan : bahagian,bilangan, makanan, pakaian.
|
Guru memaparkan petikan yang
bertajuk “ Bendera Malaysia”
BCB : Membaca
Guru membimbing murid-murid
membaca petikan mengikut peringkat.
Perenggan 1
Guru membimbing membaca
perenggan1.
Kemudian guru menggunakan
teknik penyoalan untuk menguji kefahaman murid.
Aktiviti FU
Apakah nama bendera Malaysia?
Perenggan 2 dan 3
Guru membimbing murid-murid
membaca.
Guru memilih murid secara rawak
untuk membimbing rakan yang lain membaca.
Aktiviti FU:
Berapakah warna Jalur Gemilang?
Apakah bentuk yang terdapat
pada Jalur Gemilang?
Berapakah bucu bintang?
Apakah yang melambangkan agama
Islam sebagai agama rasmi?
Mengapakah bintang penting
dalam negra kita?
Perenggan 4
Guru membimbing murid membaca
Guru meminta murid membaca
mengikut kumpulan.
a) Lelaki
b) Perempuan
Aktiviti FU:
Apakah warna diraja?
Apakah yang
melambangkan bilangan negeri di dalam Malaysia
Guru memaparkan rajah proses
imbuhan
Guru menerangkan makna imbuhan
akhiran
“ Murid-murid ,imbuhan akhiran
ialah imbuhan yang hadir pada bahagian belakang ataupun di akhir kata dasar.”
Contoh perkataan yang menerima
imbuhan akhiran -an ialah pakaian,bilangan, makanan,dan bahagian.
Contoh ayat :
a) Dia telah mengambil bahagian
dalam pertandingan itu.
b) Bilangan murid yang hadir hanya
29 orang.
c) Jangan makan makanan manis
d) Jagalah kebersihan pakaian
awak.
Setelah murid-murid faham makna
perkataan dan proses pengimbuhan akhiran ini, guru akan menguji kefahaman
murid –murid.
Guru memilih murid-murid secara rawak untuk menulis ayat tunggal dengan
menggunakan perkataan yang berimbuhan akhiran –an.
|
|
Langkah 2
(10 Minit)
|
Ayat Tunggal
Lembaran kerja:
Lampiran 3
Murid-murid sila baca kad
perkataan ini.
Gemilang ,ada
,Jalur, warna, empat.
Murid-murid faham tak makna
setiap perkataan tersebut?
Murid-murid, sila susun semula
perkataan tadi supaya menjadi satu ayat tunggal
Jalur Gemilang ada empat warna.
Cadangan jawapan
a)Jalur Gemilang ada
empat warna.
B b)Malaysia juga mempunyai
bendera.
a)
C)Bendera Malaysia dikenali
b)
sebagai
Jalur Gemilang.
|
Guru memaparkan beberapa kad
perkataan
BCB :Membaca
Guru meminta murid-murid
membaca beramai-ramai
KB: Menyusun atur / M3
1) Selesai membaca, guru memastikan bahawa
murid faham makna semua perkataan tersebut.
2) Guru memilih murid cara rawak
untuk
m menyusun kad tersebut.
3) Murid perlu menulis nombor
untuk menandakan urutan perkataan tersebut di dalam ayat tunggal.
Kad Perkataan
a)
a)Gemilang ada Jalur warna empat
b) b) juga Malaysia bendera mempunyai
c) Jalur dikenal
Gemilang sebagai
Bendera Malaysia
|
|
Penutup
(5 Minit)
|
Murid-murid, boleh ingat apa yang kita pelajari
hari ini?
Hari ini kita telah belajar tentang bendera
Malaysia. Bendera Malaysia ialah Jalur Gemilang yang terdiri daripada 4
warna. Setiap warna melambangkan sesuatu.Contohnya ialah warna kuning pada
bulan dan bintang melambangkan warna diraja.
Kita juga telah belajar tentang imbuhan akhiran
–an. Imbuhan yanghadir di akhir kata dasar. Contohnya ialah pakaian, makanan
dan sebagainya.
Nilai Murni:
Murid-murid, kita sebagai
rakyat Malaysia mestilah menghormati bendera Malaysia dan lagu patriotik
|
1)
Guru membantu murid merumus
isi pelajaran dengan teknik soal jawab.
2) Guru juga cuba melatih murid pembelajaran
secara reflektif iaitu kemahiran mengingatkan semula apa yang telah
dipelajari.
3) Guru menerapkan nilai murni iaitu menghormati
bendera Malaysia dan lagu patriotik seperti Jalur Gemilang dan Negaraku.
|
|
Sunday 8 April 2012
Sunday 12 February 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)